Kupu-kupu sayap burung
Kupu-kupu sayap burung

Kupu-kupu sayap burung

Kupu-kupu sayap burung[lower-alpha 1][1] ialah kupu-kupu dalam keluarga si ekor lelayang, yang tergolong dalam genus Trogonoptera, Troides, dan Ornithoptera. Kebanyakan ahli terkini mengiktiraf 36 spesies, namun, ini masih dipertikai dan beberapa ahli pula memasukkan genus tambahan. Si sayap burung dinamakan sempena ukurannya yang luar biasa, sayap yang berbucu dan penerbangan yang bak burung. Ia dijumpai di seluruh Asia tropika, tanah besar dan kepulauan Asia Tenggara, dan Australasia.Terkandung dalam si sayap burung ini adalah beberapa kupu-kupu terbesar di dunia: yang terbesar, sayap burung Ratu Alexandra; kedua terbesar, sayap burung Goliath; kupu-kupu terbesar yang endemik di Australia, sayap burung Cairns; dan kupu-kupu terbesar di India, sayap burung selatan. Satu lagi spesies terkenal ialah sayap burung Rajah Brooke, suatu spesies yang amat menarik yang dinamakan sempena Tuan James Brooke, Rajah Putih Sarawak pada abad ke-19.Ia amat popular di kalangan pengutip kupu-kupu disebabkan saiznya dan warna si jantan yang terang, namun kesemua kupu-kupu ini sekarang disenaraikan oleh CITES,[2] dengan itu mengehadkan perdagangan antarabangsa (dan dalam kes O. alexandrae diharamkan sama sekali).